MAJIKAN TIADA HAK POTONG GAJI PEKERJA TANPA KEBENARAN


  

Majikan potong gaji setiap kali lambat datang kerja, boleh ke?

Majikan saya potong gaji sebab bisnes tak laku, susah lah macam ni.

Boss saya potong gaji saya sebab tak datang kerja, tapi saya ada alasan, saya nak tuntut hak saya!



Haa biasa kan dengar orang cakap macam ni?

Kali ni saya akan terangkan daripada sudut undang-undang keadaan mana sebenarnya majikan boleh potong gaji pekerja.

Perkara paling asas perlu diingat ialah:

!POTONGAN GAJI PERLU MENDAPAT KEBENARAN PEKERJA!

Pemotongan gaji tanpa kebenaran pekerja adalah salah dari segi undang-undang dan pekerja boleh buat laporan dan tuntutan gaji yang dipotong di Pejabat Tenaga Kerja atau Pejabat Buruh terdekat.

Menurut Seksyen 24 Akta Kerja, majikan hanya ada hak untuk pemotongan gaji untuk perkara-perkara berikut sahaja:-

  • Kesilapan majikan terlebih membayar gaji, mesti ditolak dalam masa 3 bulan selepas terlebih bayar.
  • Pemotongan gaji untuk pekerja yang telah diberhentikan untuk hari yang tidak lagi bekerja
  • Pemotongan gaji untuk 'advance'  gaji oleh pekerja.
  • Pemotongan yang dibenarkan undang-undang

Pekerja boleh mohon untuk pemotongan gaji untuk perkara berikut:-
  • Bayaran untuk kesatuan sekerja berdaftar (trade union) atau persatuan.
  • Bayaran untuk saham bisnes majikan yang ditawarkan oleh majikan dan dibeli oleh pekerja.

Pekerja boleh memohon untuk pemotongan gaji dan perlukan kebenaran Ketua Pengarah untuk perkara berikut:-
  • Bayaran KWSP, SOCSO, insurans dan perkara berkaitan untuk faedah pekerja.
  • Bayaran semula 'advance' gaji oleh pekerja yang melebihi gaji bulanan tertakluk kepada Seksyen 22 Akta Kerja 1955
  • Pemotongan gaji untuk bayaran kepada pihak ketiga bagi pihak pekerja
  • Pemotongan gaji untuk bayaran pembelian barang perniagaan majikan oleh pekerja yang ditawarkan oleh majikan
  • Pemotongan gaji untuk bayaran sewa penginapan, makanan dan servis yang disediakan oleh majikan kepada pekerja yang diminta oleh pekerja atau yang tertakluk dalam kontrak pekerjaan
Hasil carian imej untuk salary deduction

Pemotongan gaji tidak boleh melebihi 50% daripada gaji pekerja untuk bulan tersebut, KECUALI untuk:-
  • Baki gaji akhir pekerja yang diberhentikan
  • Pemotongan gaji untuk bayaran pinjaman rumah tidak melebihi 75% gaji, tetapi perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah terlebih dahulu

Cuba periksa balik adakah majikan menolak gaji anda secara paksa? paksa rela? tiada dalam senarai pemotongan di atas?

Jika YA, hak anda telah dicabul oleh majikan anda.

Dapatkan pertanyaan lanjut di Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat untuk sebarang aduan.


Comments

  1. Assmkm tuan@puan..saya seorang technician berkerja selama 10tahun di sebuah syarikat di lahad datu tetapi majikan ini ada grop nya iaitu contoh syarikat(A)dan (B) sahaja berbeza nama nya..

    Gaji basic saya sekarang hanya RM1426 SAHAJA

    TETAPI SAYA TELAH DI PINDAKAN KE SYARIKAT (B) namanya tempah pemberitahuan awal kepada saya.. di suru terus ke majikan ke dua tu...
    Jadi saya terus ke sana untuk lapor diri di tempat majikan baru ini..kemudian saya mulah kan lah buat kerja
    Apabilah sudah sampai waktu terima sebulan gaji
    Tetapi GAJI BASIC YANG ASAL BERUBAH MENJADI
    GAJI BASIC BARU RM1000
    YANG BAKI BASIC SAYA RM426 DI JADIKAN ELAUN

    JADI GAJI BASIC SAYA SEKARANG INI TURUN SUDAH JADI RM1000SAHAJA

    KEMUDIAN SAYA TERUS BERJUMPA KE PADA OWNER
    MAJIKAN BARU INI
    bertanyakan kenapa gaji basic saya di kurangkan..??

    Majikan saya jawab.. Undang undang di majikan baru ini tidak sama di majikan mu yang dulu tu..walaupun ia syarikat grop..kemudian majikan kata lagi kepada saya...kamu kena sain surat kontrik baru itu supaya kamu boleh dapat menerimah gaji...

    Saya terasa sangat sangat kecewa..saya suda lama berkerja selama 10tahun..
    Sepetutnya di tembah sikit lah basic gaji saya..rupa rupanya gaji basic sudah berkurangan...kesian orang miskin ini...

    Saya seorang miskin di iniaya... sangat sangat mintak tunjuk nasihat kepada tuan@puan
    Apa ka saya harus lakukan mengatasi dan menselesaikan masaalah yang aku hadapi ini..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara asasnya, majikan tidak boleh menukarkan pekerja kepada syarikat yang lain, kecuali mendapat persetujuan pekerja atau tertulis dalam terma kontrak pekerjaan bahawa majikan mempunyai hak berbuat demikian.

      Majikan tidak boleh mengurangkan gaji pekerja sesuka hati, lebih-lebih lagi bercanggah dengan gaji asal yang diterima. Kebanyakan majikan mengurangkan gaji basic kerana ingin mengurangkan bayaran EPF/KWSP pekerja.

      Dapatkan nasihat segera daripada Pejabat Tenaga Kerja terdekat untuk masalah pengurangan gaji ini.

      Delete
  2. selamat pagi...saya seorang penyelia ladang di sebuah syarikat perladangan kelapa sawit.saya menghadapi masalah menyelesaikan pengambilan tandan mentah oleh penuai.saya ingin menjalankan sistem denda kepada pekerja yang melibatkan pemotongan gaji pekerja kerana menyebabkan kerosakan pada kualiti buah dan minyak yang ditetapkan MPOB.adakah ini dibolehkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah sistem pemotongan gaji ini dinyatakan dalam kontrak pekerjaan? jika tidak, pemotongan gaji tersebut boleh dianggap salah/tidak sah, dan isu ini boleh dibawa ke Pejabat Tenaga Kerja. Pemotongan hanya boleh dilakukan jika pekerja bersetuju untuk pemotongan gaji diatas kesilapan/ kerugian yang dilakukannya terhadap syarikat. Contoh mudahnya, cashier perlu mengantikan duit jika dia menghilangkan duit daripada kaunter bayaran.

      Delete
  3. Aalmmulikum nama saya nilsen paudol aku ada comen pasal gaji? Bulan 7punya gaji aku terima bsik gaji saya 988 x 1hari 38rgit dan aku terima gaji baru2 ini bsik gaji saya 988 tapi yang hairan nya gaji 1hari sya rm35,40? Jadi aku tanya la ketua kerani saya aik sis bukan kah yang aku sign kertas perjanjian tu kenaik kan gaji? Pas tu misis tu ckp aku balik eya memang kenaik kan gaji? Sya jawap msis tu tapi kenapa gaji hari saya tidak btul yg bulan lau 38 1hari yang bulan ne 35,40 aku tanya kasar degan misis tu aku bilg kalo mahu potog gaji perkrja jgan suka2 hati pas tu misis tu jawap kalo tidak mahi kerja bernti sja misis tu ckp degan aku? Aku mahu tanya mana tahu dalam ne blh membantu undg2 kerja kerani kah yg sign kad pekrja atau yang tukang jaga stor kh yang tukang jaga perkerja aku mahu ambil tahu mna tahu dalam ne boleh tolog? Dan 1lagi setiap aku trun kerja ada kah patut stor keper potog jam stor kper apa jawatan dia kami tanya knpa harian kami enda sampai 8jm knpa ne 7jm sja padahal aku keluar kerja jm5 stor keper tu ckp jumpa bos aku jawap ok? Aku mohon bantuan dalam ne atas dapt tlg jelas kn degan majikan aku ne nombor tlfn aku 0142832478



    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hai nak tnye...sye kje di F&B ...sye b'kerja disini...selama 6 bulan...bos sye kata...klau 5 minit lambat potong gaji... 1 minit lmbat pun potong jugak..3 hri b'turut lmbat dia akan buat 1 hari absent.... klau 6 hri b'turut2 lmbat terus buang kje....mcm mne pulak klau kite kje lebih mse...tpi x dibayar...

    ReplyDelete
  6. Tmpat sy kerja ad bt kpi..tetapi dy kerah sume org untuk bt sales..and ad jgak prensentation..memang yg x ada kaitan dgn kerja..kalau kami xcapai peratusan yg di tetapkan..gaji pokok kami akn di potong 350..dan kalau capai akn dpt bonus..wajarkah majikan kami berbuat demikian.?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. . Saya kerja di area penang. Boleh kah majikan saya menjumlahkan ketidakhadiran saya dari awal tahun hingga sekarang. Dan menolak gaji ikot jumlah ketidakhadiran untuk bulan ini.. Adakah itu boleh dilakukan ataupun salah. Yang saya pelik. Kenapa tidak tolak pada bulan tersebut kenapa perlu menjumlahkan ketidakhadiran sehingga hujung tahun dan baru membuat potongan gaju

    ReplyDelete
  8. Sy baru mula bekerja disebuah syarikat dh hampir 3 bulan. Sy Masih Belum confirm lg. Cume masalah yg sy hadapi sekarang
    1- company ni potong gaji sy time sy MC, walaupun sy Ada memberi sijil MC pd majikan ni, ia tetap memotong gaji sy bila smpi hujung bulan. Adakah ini dibenarkan?
    2- majikan ini Susah memberi payslip kepada sy dn staff yg lain. Pula Tu payslip majikan ini tidak standard, hanya menggunakan voucher slip sbgai payslip Kami.
    3- Walaupun dlm voucher slip Tu tertulis potongan kwsp, socso dn ei, tp bila sy check online kwsp rupanya dh 2 bulan kwsp sy tdk Di masukkn oleh majikan. Apakah yg seharusnya sy buat?

    ReplyDelete
  9. Salam, saya bekerja di satu syarikat di Shah Alam. Saya ingin bertanya, majikan ada hak atau tidak tolak gaji pekerjanya walaupun lewat 5 minit? Masuk office 8.30am balik 5.30pm. Saya duduk jauh dan kadang2 akan terlewat sikit atas kesesakan lalu lintas yg tak dapat dijangka. Majikan saya membuat peraturan bahawa lewat 1 minit potong RM10. Wajarkah majikan saya berbuat begitu? Kalau saya lewat hampir 10 minit takkan gaji saya tolak rm100? Saya dah sedaya upaya datang awal. Alhamdulillah ada hari yg saya tiba awal dlm 8.20am. Tapi kalau saya lewat sikit je habis gaji saya dipotong. Boleh beri penerangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... sepatutnya tolak gaji based on your basic salary.. kalau tmpt sy akn tolak gaji KPD staff yg dtg lmbt sebanyak 4x dlm sebulan... lambat 5minit br kena potong

      Delete
  10. Sama tuan,
    Saya baru berkerja 2bulan di tempat sy berkerja.. Masa pertama kali masuk kerja majikan saya tidak memberi apa - apa kontrak untuk saya tandatangani.. Saya sudah berhenti kerja tetapi saya lambat bagi surat perletakkan jawatan saya selama 6hari.. Tetapi sekarang majikan saya potong gaji saya untuk Satu minggu bersamaan 7hari.. Sebelum itu saya sudah beritahu kepada majikan saya yang saya mahu berhenti hujung bulan 10 tetapi majikan saya berkata dia tidak campur yangan dalam masalah itu..Bolehkan majikan saya berbuat bergitu? Kerana majikan saya selalu lambat bayar gaji setiap bulan..

    ReplyDelete
  11. salam tuan, saya tumpang bertanya..suami saya bekerja sebagai pemandu lori disebuah syarikat di melaka. Pada awalnya suami saya diberitahu akan dibayar mengikut trip@ meter load yang diarahkan dengan kadar bayaran 65 1 trip @ RM5 bagi satu meter..setiap 15hb akan dibuat pengiraan gaji..tapi malangnya, tidak seperti yang dijanjikan..bayaran tiba-tiba bertukar kepada kadar RM50.00 1 hari..dijadikan cerita, saya rujuk kembali pada syarikat berkenaan untuk dapatkan perkembangan bayaran gaji seperti yang dijanjkan..bIla disemak, ada tersalah key in data, dan ada hari yang tidak dikira atas alasan data keluar masuk bekerja tidak lengkap.(thumbprint in&out)..sedangkan supervisor boleh buat pengesahan bahawa suami saya hadir kerja..namun tidak dikira afas alasan data thumprint tak lengkap tanpa merujuk terlebih dahulu kepada supervisor..selepas dibuat pengiraan, malangnya ada lebihan bayar..dan akan ditolak terus dari baki gaji ayng tidak dikira atas sebab thumbprint tidak lengkap tadi.. soalan saya, sedangkan salaah bukan datang dari pekerja, salah majikan sebeb tersalah masukkan data, key in gaji, tapi terus hendak dtolak, bukankah majikan hanya berhak menolak selepas 3 bulan selepas pembayaran gaji?mohon pencerahan..terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Salam tuan,saya nak tanya berkenaan pemotongan gaji pekerja tanpa sebarang notis atau hitam putih..saya security disebuah syarikat tidak dapat mengikuti kursus csg,adakah perlu pihak syarikat memotong gaji saya kerana saya tidak mengikuti kursus tersebut..

    ReplyDelete
  13. Hai. Saya berkerja dalam sektor fnb. Nak tnya, adakah legal di dalam undang2 jika majikan nak ptong gaji disebabkan renovation kedai selama dua minggu, TANPA ADA KERELAAN DARI MANA2 PEKERJA dan tiada hitam putih yg menyatakan, jika tmpat bekerja melakukan pengubahsuaian yg myebabkan semua tnaga kerja dikehendaki bercuti, gaji akan dipotong accordingly to how many days we were close.

    ReplyDelete
  14. Asslm Encik/Puan,
    Untuk kes saya begini:
    Awal bulan lalu, saya baru faham tentang cara pemberian AL untuk syarikat ini. Diorang inform dalam group whatsapp saje tentang apa2 info, tapi dalam polisi mereka tiada tulis tentang perkara tersebut, contoh cara pemberian AL.. Sejurus hari pemberian gaji, saya diberi gaji lambat.. Tapi gaji saya juga dipotong(rm160+) sebab denda bagi AL kepada pekerja, padahal kurang dari 5 pekerja yang dah ambil AL terlebih. Jadi, boleh encik beri penerangan dengan lebih lanjut tentang ni? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam group whatsaap juga tiada diberi penerangan lebih detail tentang hukuman kepada supervisor/executive yang melakukan kesalahan.

      Delete
  15. haii.. minta pendapat semua.. sy suda 4 taun bkeja di company.. selama ini saya berkeja sbgai fulltime bgaji 920 sebulan.. Kemudian majikan sy memutuskan sy bkerja partime dgn 450 sebulan.. dengan alasan 'tak dpt cover gaji pekerja '.. bole kh sy membawa kes ini ke jabatan buruh.. sebab alasan menurunkan gaji memang nda masuk akal.. padahal 2 org sja pekeja d company nie..

    ReplyDelete
  16. Salam saya ada kemusykilan tentang potongan gaji...Baru baru ni majikan ada maklumkan kepada saya bahawa perniagaan syarikat semakin merosot dan terpaksa kurangkan kos. Gaji saya telah dikurangkan hampir 50%. Nak xnak saya terpaksa rela sahaja walaupun pendapatan kurang mendadak dan segala perbelanjaan memang x cukup...

    ReplyDelete
  17. Adakah majikan berhak memotong gaji pekerja disebabkan kerugian dalam syarikat.

    ReplyDelete
  18. Bos saya tak bayar gaji dari 7hb selewat2nya 10hb gaji baru di bayar itu perjanjian bos saya. Tp sekarang jadi lain disebabkan saya masuk lewat kerja baru 3kali saya lewat dia dah hold gaji saya. 11hb baru dia bayar gaji saya itu pun separuh sahaja dari gaji penuh. Lagi separuh dia akan bayar pada 18hb. Saya datang lewat kerja ada sebab2 tertentu bukan saya sengaja nak datang lewat sebab saya kena kerja 36jam untuk bos saya jugak tp bila saya lewat masuk kerja dah bising2 hold gaji saya... boleh ke saya nak buat report pada buruh?? Tp surut perjanjian kerja tak ada.... boleh report ke?

    ReplyDelete
  19. Bolehkah majikan memotong gaji pekerja yg x hadir kerja tanpa notis.. Tq

    ReplyDelete
  20. Saya berhutang dengan compeny.... Dan sekarang ada sikit masalah dengan kesihatan dan bulan lalu ingin bercuti balik kampung untuk dan mereka telah menahan gaji saya dan semua bill tertunggak dan di potong gaji sebab tidak mampu keja cuma rehat hostel.... Skrng saya telah meminta tolong pinjaman untuk persediaan ke hospital tidak d balas oleh office.... Apa patut saya lakuakan tq

    ReplyDelete
  21. Saya seorang pekerja yang hanya hadir lewat 15 minit disebabkan kenderaan saya mengalami kerosakan. majikan sy menolak gaji saya sehingga 1 jam bekerja. sebelum ini ramai pekerja yang mempunyai kes yang sama turut menerima nasib yang serupa. ada sebilangan bergaji bulan dan selebihnya bergaji jam. bolehkah majikan berbuat demikian?

    ReplyDelete
  22. Adakah betul 1min lewat masuk kerja pun, kena potong gaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tempat sy lmbt 5 minit ke atas br potong.. sebulan 4x ke ats br potonh

      Delete
  23. Majikan selalu potong jam overtime yg sy dan rakan2 mlah tiada memo menyatakan bahagian sy boleh ot berapa jam dalam sehari. Sebaliknya berpandukan pada jumlah ton buah sawit. Sekiranya buah melebihi 300 ton maka kami dijanjikan OT minimum 3 jam namun OT tetap dipotong majikan tanpa sebab. Mohon penjelasan adakah wajar.

    ReplyDelete
  24. Tuan saya nak tanya, kalau sebelum ni saya ada masuk union dan ada buat pemotongan dari gaji untuk yuran union. saya dah 2 bulan keluar union ada buat surat untuk pengerusi union kilang & HR bagi tau saya dah keluar union & nak hentikan yuran union. HR kata kena tunggu keputusan HQ union baru depa berhenti buat pemotongan. Perlu ka tunggu HQ ya? Sebab dah 2bulan.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,
    Sy berkerja di sebuah kilang sawit sudah setahun dengan basic RM1100 sebulan dan advance RM200. Waktu berkerja 8am-5pm dan setiap hari OT hingga jam 8pm(3 jam), masalahnya OT sy dan juga perkerja sering dipotong tanpa alasan. Pengurus menjanjikan sekiranya buah sawit 300 ton OT sehingga jam 8pm tetapi kenapa dipotong 1 jam bolehkah buat begitu. Mohon bantuan. TQ

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum saya nak tanya boleh ker syarikat sekat elaun gaji dan ot kerana ada kawan buat aduan mengatakan saya x bayar duit peti ais dan sewa umah.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum wbt tuan /puan. Saya alami kes saya datang lewat ke tempat kerja dalam beberapa hari dalam sebulan. Majikan saya terlebih dahulu dimaklumkan atas kelewatan saya ke tempat kerja. Tetapi masa lewat saya, saya tetap menggantikannya untuk mencukupkan 8 jam berkerja. Tetapi majikan saya masih menolak gaji saya, cuma majikan saya tolak pada gaji ot saya dengan rate ot 1.5, boleh ke situasi begini berlaku? Apa solusinya? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  28. Asalamnulikum..tuansaye ade petanyaan..boleh ke kite buat surat ar..oleh kerana majikan tidak memerikan pinjaman oleh kerana absen walau sehari..bab kite harapkan majikan tetapi majikan kuku besi

    ReplyDelete
  29. Nak tanya tempat saya bekerja ada kwn ni mak dan bapak dia sakit kat hospital ..jd sbg staff dia terpaksa ambil time slip utk buktikan kat pejabat dia bekerja...masalahnya majikan dia cakap skrg tak boleh...kena tolak cuti tahunan atau kalau cuti tahunan dah habis...kena unpaid dr gaji dia....boleh ke mcm tu ? Harap dapat membantu...Terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sm mcm kes sy. Majikan xnk terima time slip. Mslhnya kita blh paksa doktor kluarkan mc utk kita. Xspt mc, saya di paksa isi borang cuti. Ini satu penindasan kpd pekerja

      Delete
  30. Assalamualaikum...nma cy hayati cy nk tnya soal gji? Ada kah majikan brhak memotong gji di sebabkan brhnti tnpa notis dn tpt krja kta itu bkn la dri kompeni tpi dri kontrek adakh mjikan brhak untuk memotong nya.

    ReplyDelete
  31. assalamuaikum, sy bekerja disalah sebuah hotel di johor bahru..disini, majikan mengenakn denda, setiap yg lambat 10 minit harus membayar penalti RM 10 kepada bahagian HR. maknanya waktu masuk ialah pkul 9 dan masuk pukul 9.35, harus membyar RM 30 kepada HR. dan jika masuk jam 9 pagi tp lambat ats sebb kereta rosak atau lain, walupon masuk jam 10.25pg, akn ditolak RM 10 setiap 10 mnit, jadi akn mjadi RM70 kepada HR. memo telah dikluarkn..boleh kah majikan membuat begitu? perkara ini sudah berlarutan lebih dr 6 bulan..kalau MC juga akn dipotong RM 50 sehari dari elaun bulann..jika MC panjangg disebbkan denggi / masuk hspital, akn dkira mgikut hari yang MC. selain itu, hotel ada menukar karpet awal tahun dan jika didapati ada troli lalu di kawasan tersebut (mmg kawasan perlukan troli), akn dikenakan penalti bayaran RM 10 ribu atau jika ada customer yg lalu tp pekerja hanya melihat sahaja, akn dikenakan penalti RM 100 setiap kali customer lalu disitu menggunakan troli. bolehkan majikan berbuat demikian?

    ReplyDelete
  32. Salam..saya nak tnya, bolehkan seseorang majikan itu menolak untuk menerima time slip daripada hospital?
    Di Syarikat tempat saya bekerja ni, jika kami ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan waktu rawatan melebih pkl 10pagi, kami di arahkan untuk mengisi borang cuti. Kami x dibenarkan untuk masuk bekerja. Time slip yg diberikan oleh doktor pon pendek kata x laku wpon di time slip tu doktor dah tls tempoh ms. Tp pihak syarikat tetap bertegas dgn mengarahkan kami mengisi borang cuti. Bermakna samada cuti tahunan @ cuti tanpa gaji yang akan dikenakan.
    Saya merasakan ini satu penindasan kpd pekerja sdgkan itu adalah tiem slip drp doktor hospital kerajaan. Samada kami perlu mendapatkan mc @ isi borang cuti. ����

    ReplyDelete
  33. Salam..boleh taw tak..saya hendak berhenti kerja kerana majikan rasict dengan melayu dan sya tidak tahan dengan situasi tempat kerja..tetapi saya mempunyai baki hutang 2600 dengan syarikat,boleh ke saya berhenti kerja dan baki hutang akan di bayar tiap2 bulan hingga selesai,..terima kasih

    ReplyDelete
  34. Hye.. Saya hari ini cuti sebab demam dan minta surat mc.. Tapi majikan saya cakap gaji saya kena potong 1 hari udpaid leave dia cakap..

    ReplyDelete
  35. Dan banyak kompeni kat luar sana terutama cina.. Dia orang cakap lepas 3 bulan kerja dapat surat comform baru potong epf..

    ReplyDelete
  36. Saya kerja di jabatan kerajaan, sejak Januari 2009 hingga November 2019 gaji saya dipotong oleh majikan dan dimasukkan ke akaun bekas isteri atas alasan perintah mahkamah tetapi apabila saya semak semula pada Februari 2019 di mahkamah dan jabatan, saya dapati sebenarnya tiada perintah yang dimaksudkan, apakah tindakan yang perlu diambil terhadap pihak majikan

    ReplyDelete
  37. Salam.. Saya nk bertanya wajar kah majikan memotong gaji Rm500 atas kesalahan kecil Dan pertama kali buat salah tanpa notis amaran? Setiap kesalahan kecil akan on the sport potong gaji tanpa notis amaran dahulu.. Gaji basic saya hanya RM1200 dipotong nya 500 Dan epf soccso brpa shj tggal Balance.. Bleh bg pandangan tak?

    ReplyDelete
  38. Saya baru bekerja di pasaraya trkemuka di kl. Baru dalam dua bulan. Belom confirm dan tiada cuti tahunan. Satu hari tu saya demam dan saya inform yg saya sakit. Tapi saya tak ke klinik sebabkan sy perlu byr dahulu dan cost tuk grab. Bila saya tak ada mc majikan saya buat pemotongan sebanyak rm100 kerana absent. Walhal gaji sehari saya rm40 sahaja. Boleh ke majikan potong gaji dan denda pekerja dengan undang2 syarikat macam itu?

    ReplyDelete
  39. Selamat malam .. saya nak tnya .. bolehkah majikan menangguh bayaran gaji lebih masa pekerja tanpa persetujuan dari pekerja ?

    ReplyDelete
  40. assalamualaikum boleh ke bagi pencerahan, saya seorang pengawal keselamata perladangan dah bekerja selama 8 tahun, kalau dulu majikan bagi ot 2jam+ 8jam waktu kerja jadi 10jam dan selang 2 tahun majikan beri ot 4jam+8jam waktu jadi 12jam,dan tahun ini majikan bagi ot dri 4jam kepada 2jam sperti tahun2 yg sudah atas alasan bajet meletop, soalan saya apakah majikan buat ini betul tanpa mngira ekonomi yg smkin tahun harga barang smkin tinggi.. mohon pencerahan dari tn, trima kasih..

    ReplyDelete
  41. Sya nk tanye boleh ke majikan ambik tindakan byr gaji kita lambat di sebab kan kita ada mc sakit

    ReplyDelete
  42. salam.. sy nak tanya.. boleh kah majikan tolak gaji saya untuk membayar saman saya tanpa apa2 persetujuan dari saya.. saya isu kan perkara ini kerana, dalam perjalanan tersebut saya pergi 2 driver.. belum tentu kesalahan itu saya yg lakukan.. jadi saya minta utk bayar separuh dan separuh lagi driver yg lagi 1 lah.. tetapi sekarang ini cmpany telah tolak gaji saya utk membayar semua saman tersebut sendirian.. boleh kah perkara ini saya ketengah kan ke pejabat buruh? apakah tindakan sewajar nya dari saya..

    ReplyDelete
  43. salam.. sy nak tanya.. boleh kah majikan tolak gaji saya untuk membayar saman saya tanpa apa2 persetujuan dari saya.. saya isu kan perkara ini kerana, dalam perjalanan tersebut saya pergi 2 driver.. belum tentu kesalahan itu saya yg lakukan.. jadi saya minta utk bayar separuh dan separuh lagi driver yg lagi 1 lah.. tetapi sekarang ini cmpany telah tolak gaji saya utk membayar semua saman tersebut sendirian.. boleh kah perkara ini saya ketengah kan ke pejabat buruh? apakah tindakan sewajar nya dari saya..

    ReplyDelete
  44. Boleh kah majikan potong gaji pekerja .berkenaan kes lock down 18 -31 ???

    ReplyDelete
  45. saya nak tnya jika pekerja yang makan gaji masa contoh seperti sejam rm12.50 . dlm darurat negara disebabkn oleh COVID-19 cmpny tersebut telah mengarahkn pkerja dikurgkan dan selang seli setiap minggu masuk site. bg pkerja yg diberi cuti seminggu duduk dirumah adakah gaji layak dibayar oleh majikam atau tidak

    ReplyDelete
  46. Sy irwan dari johor bekerja sebagai general worker di site.gaji saya 1 hari rm70 company bayar. ...sepanjang lockdown saya tidak bekerja,adakah saya akan terima gaji harian ketika cuti lockdown..harini kerajaan umum kan 4 may 2020 dah boleh bekerja tapi saya diberhentikan kerja serta merta tanpa surat.hanya mengunakan voice mail dari whatsapp.tolong bagi penerangan apa yang perlu saya buat

    ReplyDelete
  47. Assalammualaikum , sy ingin bertnya , kalau gaji cutoff 22hb , dan dpt surat pengantungan berkuatkuasa 31hb disebabkan kes pada 21hb , boleh kah pihak majikan hold gaji pekerja ?

    ReplyDelete
  48. Kalau tolak gaji sbb duit company cukup smpi hujung tahun ni shj...lepas tu tolak 25% setiap bulan ..bos hanya keluar memo...mcm ni boleh ke?

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum..
    Saya nak tanya sya kerja site construction gaji bulan..contoh site hujan tak boleh kerja boleh ke majikan suruh perkerja balik tegah hari..majikan kira hari tersebut hald day kerja

    ReplyDelete
  50. Ingin bertanya kalau majikan potong gaji dsbbkn dtg lewat 5 minit sahaja.. Disebabkan alasan yg munasabah.. Majikan membuat potongan gaji tanpa pengetahuan pekerja.. Adakan wajar? Apa perlu dilakukan..

    ReplyDelete
  51. Salam sy skrg bekerja di bidang perhotelan jd pihak hotel telah membuat pemotongan gaji di sebabkan wabak convid skrg ni... Sy ingin bertanya tiap2 bulan majikan akan membuat perhimpunan dan menceritakan masalah kewangan syarikat dan selepas selesai kami disuruh tandatangan sekeping surat pemotongan gaji bolehkan kami semua sebagai pekerja bawahan sepakat tak mahu menandatangani surat pemotongan gaji kerana syarikat telah mengalami keuntungan dlm Beberapa bln yg lepas..... Dan kami tidak berikan cuti yg sama mcm jabatan admin yg hanya bekerja 5 hari seminggu dan kami di bahagian operasi bekerja seperti biasa dan ke kadang ada bekerja lebih masa tanpa bayaran overtime..... Apa ada akta yg boleh kami usulkan supaya kami tidak ditindas dan kami tidak persatuan Union untuk bersuara terima kasih.....

    ReplyDelete
  52. salam..majikan hold gaji saya..saya x tahu mengapa..sedangkn staf yg lain ada trima gaji tp bkn jumlah yg sepatutnya..saya juga ada bertanya(wasup) bila gaji saya nak masuk tp tiada jawapan...boleh kah saya tidak hadir bekerja kerana tiada duit tambang untuk pergi kerja..

    ReplyDelete
  53. Hi saya nak tanya berkenaan majikan membuat pemotongan gaji 10% dari gaji asal bermula Jun-sept 2020, atas alasan syarikat tiada keuntungan dan disebabkan covid19. Saya setuju atas pemotongan ini dan menganggap akan tamat Sept ini. Baru2 ini juga awal Sept saya Diberikan surat kontrak untuk sain setuju pemotongan gaji saya 10% sambung semula dari Sept - Nov 2020. Saya terima ini di sebabkan alasan sama dan atas alasan gaji saya tinggi dan perlu dipotong mengikut pasaran.

    Saya berpengalaman 16 tahun dan telah berkhidmat dengan majikan in 6 tahun. Majikan ingin memohon saya utj setuju supaya gaji saya dipotong lagi sebanyak 60% dan kerja yang diberi tidak setimpal. Sekiranya saya tidak terima tawaran ini saya juga dipaksa untuk berhenti dan mencari pekerjaan lain kerana tidak boleh bayar gaji ynng tunggi. Adakah tindakan ini wajar berhak kah saya bersuara untuk tidak memotong terlalu tinggi. Utk pengetahuan tuan syarikat ini hq di Singapura dan mempunyai syarikat sdn bhd cawangan Malaysia. Tetapi tidak mengikut undang Malaysia. Adakah saya ada hak untuk menolak. Setiap bulan majikan memberi tekanan kepada saya untuk membuat kerja yang lebih dan memenatkan. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  54. nma sya Asmiran bin Abd Aziz sya telah di behanti krje dan di pakse behanti n asalan nye tak bleh krje suami istri... so ade ke undang2 mcm tu.....n dah la surat di behanti kan tak bgi kt sya.....n so ape ptuk nye sya buat......skrng

    ReplyDelete
  55. nma sya Asmiran bin Abd Aziz sya telah di behanti krje dan di pakse behanti n asalan nye tak bleh krje suami istri... so ade ke undang2 mcm tu.....n dah la surat di behanti kan tak bgi kt sya.....n so ape ptuk nye sya buat......skrng

    ReplyDelete
  56. nma sya Asmiran bin Abd Aziz sya telah di behanti krje dan di pakse behanti n asalan nye tak bleh krje suami istri... so ade ke undang2 mcm tu.....n dah la surat di behanti kan tak bgi kt sya.....n so ape ptuk nye sya buat......skrng

    ReplyDelete
  57. Pelanggan Pelanggan
    Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk memenuhi keperluan kewangan anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, kami boleh dipercayai, cekap, cepat dan dinamik, dengan jaminan 100% juga disediakan (euro, pound, dolar, peso dan Rp.) Dan juga menyediakan pinjaman untuk semua jenis mata wang kadar faedah kami yang berlaku untuk semua pinjaman adalah (2%) jika anda berminat hubungi kami melalui (rahelcohranloan@gmail.com) untuk Perkhidmatan yang disediakan termasuk:
    Pembaikan rumah
    Pencipta Pinjaman
    Pinjaman Penyatuan Hutang
    Pinjaman Perniagaan
    Pinjaman peribadi.
    pinjaman gaji
    pinjaman perubatan pinjaman harta tanah
    Berminat harus menghubungi: [rahelcohranloan@gmail.com] atau Whats-app +1 (505) 227-8333 untuk kebebasan kewangan anda.

    ReplyDelete
  58. Potongan gaji berdasarkan jumlah hari bekerja. Mengikut hak pekerja sepatutnya gaji dipotong berdasarkan 22 hari bekerja atau 26 hari bekerja?

    ReplyDelete
  59. Baru2 ini sy mengelami kemalangan di tpt kerja,Yg mengakibatkan bahu kanan sy patah,& sy masih di dirawat susulan berjumpa dgn doktor di hospital.Doktor tlh memberikan cuti sakit saya selama 3 bln.Soalan saya di sini jika cuti sakit sy telah diberikan drpd pihak doktor supaya bercuti adakah majikan patut memotong gaji saya selama sy bercuti.Apa yg sy dapati hari ini gaji sy telah dipotong dgn alasan yg diberikan oleh drpd majikan bahawa cuti sakit saya telah melebihi 14 hari utk cuti sakit,Di sini saya ingin tahu patutkah majikan memotong Dan perlukah majikan memotong gaji saya..?

    ReplyDelete
  60. Assalmkm..saya bekerja secara sambilan pada hujung minggu sahaja di sebuah restoran dan mengambil upah pada setiap minggu..tetapi ada situasi saya diminta datang kerja selain daripada hujung minggu dan diberitahu pada last minit..Adakah wajar majikan memotong gaji saya kerana saya lewat datang kerja sedangkan tiada sistem punch card .

    ReplyDelete
  61. Saya bekerja sektor pelancongan di sebuah kelab golf... bekerja sebagai staff.. perlukah bekerja masa pkp dan telah diarahkan ke posisi sekuriti.. walhal hanya pekerja biasa di ubah ke posisi sekuriti tanpa kursus keselamatan?

    ReplyDelete
  62. Salam puan...sy bekerja di taska dan memperolehi gj sebanyak rm800...sejak pkp ni bos sy telah bg gj kt sy rm700sahaja ngan potongan epf tidak dibuat...apa yg perlu sy buat

    ReplyDelete
  63. Salam puan...sy pernahlah masuk hsptl di selayang selama 5 hari...tp doctor telah bg mc pd sy...tp majikan sy tetap potong gj sy selama 4hari jgak...apa yg perlu sy buat ye puan...

    ReplyDelete
  64. Hai,nak tanya.boleh ke majikan ingin membuat potongan gaji pekerja disebabkan sales jatuh Dan cashflow teruk?

    ReplyDelete
  65. hai.. nama saya aien.. saya pekerja dari syarikat pengawal keselamatan.. perkhimatan saya untuk menjaga sekolah rendah.. saya berkerja 30 atau 31 hari tanpa cuti.. tapi saya perasan yang majikan kerap kali potong basic salary saya.. gaji pokok saya hanya lah 1200..tapi setiap bulan basic salary saya yang di bayar majikan cume 1153.. atau 1100..tanpa saya amik apa2 cuti...bayaran off day saya jugak di potong tanpa alasan..tolong jelaskan supaya saya dapat tuntut hak saya yang sudah berbulan majikan potong sewenang nya..

    ReplyDelete
  66. majikan potong gaji saya kerana saya sudah berhenti kerja, tapi masa interview boss tak ada cakap pekerja yang sudah berhenti kerja akan dipotong gaji cuti seminggu sekali dan cuti raya, lagipun gaji saya hanya RM 900 tanpa alaun lain. Pada bulan 2 tahun 2021, saya hanya kerja 27 hari dan ada cuti 4 hari, 4 hari tu termasuk cuti raya. boleh ke majikan potong gaji saya tanpa bagitau?

    ReplyDelete
  67. kalau pekerja tu absent berkali-kali. buat company tu mcm bapak die punya, mcm mne ? tk boleh potong gaji jugk ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju ni. Dia punya undang2 macam motosikal langgar kereta. Motor pasti menang. Yang dok buat pala bapak dia punya syarikat ni la yg buat bisnes kita lingkup. Dlm FB, blog dengan YT ni banyak yg dok share majikan buat hal saja, pekerja yang dok buat cara kerja macam bapak mak dia punya syarikat tak pula cuba nak share. klu nak berat sebelah, tak payah nak buat chanel, blog dan page.

      Delete
  68. Assalamualaikum, saya bekerja di syarikat security guard.. Saya sudah bekerja 4 bulan disitu.. Bulan terakhir yaitu bulan yg ke 4 saya berhenti kerja pada hari ke 28 akan tetapi tidak memberi notis berhenti kerja.. Oleh itu syarikat telah memberi warning untuk memberi notis berhenti kerja, lalu saya pun beri notis berhenti kerja.. Gaji saya di bulan itu 1500+.. Setelah di potong denda dan sebagainya telah menjadi rm98 sahaja gaji saya.. Sepanjang saya bekerja di situ saya tidak pernah mendapat confirm letter/offer letter dan pay slip.. Sedangkan saya menjaga site pembinaan.

    Apa pendapat puan.. Adakah saya masih boleh mendapat kan hak saya?

    ReplyDelete
  69. Saya berhenti kerja bermula 23/4 n telah memberikan notis sbln seperti yg tertakluk dgn undang2 syarikat Dan berakhir pada 23/5,gj sy ditahan Dan TDK dibayar pada tarikh sepatutnya disebabkan sy mempunyai hutang peribadi dgn pekerja yg masih bekerja dgn syarikat tersebut,adakah syarikat tersebut berhak menahan gaji sy tanpa kebenaran disebabkan hal tersebut

    ReplyDelete
  70. Assallammualaikum Saya nak tanya ..Saya sudah bekerja selama 3 bulan disebuah syarikat hardware..tetapi apa yg peliknya..setiap bulan majikan bayar gaji kurang Dari yg sepatutnya..contohnya basic rm1800 tetapi bila tidak hadir atau mc majikan potong Dari basic..sedangkan dalam surat perjanjian majikan bg basic penuh..setiap Kali terima gaji ramai kawan2 complain kenapa cuti dipotong Dari basic...contohnya basic 1800 tak datang 1 hari potong Dari basic...kami semua memang tak puas hati la mcm ni..cara pembayaran gaji oleh majikan seolah2 tak betul ..pengiraan pun tak betul..ada yg basic 1500 kerja penuh tak ada cuti dapat 1200 sahaja..minta pendapat tuan..

    ReplyDelete
  71. Salam sejahtera. Sebagai majikan, adakah kami berhak metolak gaji pekerja di mana seseorang mengambil kesempatan "3 hari Emergency Leave dalam seminggu dengan alasan peribadi"?

    Adakah majikan berhak menghadkan "limit Emergency Leave setahun" berdasarkan Employee Handbook?

    ReplyDelete
  72. Salam. Saya ingin mohon pencerahan dari pihak tuan berkenaan bayaran gaji lebih masa yang telah di bayar pada tahun April 2019 hingga Julai 2021 oleh majikan dan di tuntut semula supaya pekerja membayar balik. Untuk makluman tuan, saya bekerja sebagai Pengurus Bangunan di syariakt pengurusan JMB . Setiap tahun ahli jawatankuasa akan bertukar mengikut pemilihan residen di dalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap tahun. Pada tahun 2019 dan 2020, Pengerusi pada masa itu telah menandatangan semua gaji yang saya terima termasuk bayaran kerja lebih masa. Walau bagaimanapun, pada tahun 2021 ahli jawatankuasa yang baru telah menuntut saya membayara semula bayaran kerja lebih masa yang telah di bayar pada saya bermula April 2019 hingga Julai 2021. Dengan alasan saya menuntut bayaran kerja labih masa tanpa kelulusan dan kelayakan. Sedangkan Pengerusi pada masa itu bersetuju untuk membayar semua tuntutan kerja lebih masa yang termasuk di dalam gaji setiap bulan pada tempoh tersebut.

    ReplyDelete
  73. Tuan, saya baru berkerja 2 bulan...belum confirm..tapi I dah bagi notis berhenti kerja 30hari. Majikan cakap kalau dalam tempoh 30hari ni...kalau saya ambil MC atau UPL...majikan berhak potong 2 hari untuk cuti atau MC sehari. Sebab tak cukupkan tempoh notis 30 hari. Tuan minta penjelasan. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  74. Tuan,saya nak tanya Boleh ke kalau pekerja tak datang bekerja 1hari..majikkan tolak gaji 2hari kerja???

    ReplyDelete
  75. Salam..Sy bekerja dgn syarikat swasta.di sini Sy nak tanya.boleh ke majikan membuat pemotongan gaji sesuka dia?misal Kate,majikan potong gaji,di sbbkn ade utang yg kita xtau.bila Time gaji dh DPT,Sy terkejut,Time gaji yg Sy DPT banyak yg kurang.sy jdi terfikir fikir,pe bende yg die potong Sy sndri pun xtau.tpi bila Sy beranikan diri b'tnya pasal gaji sy,baru die bgitau sbb ade pemotongan utang Sy.yg Sy xpuas Ati,majikan Sy xmaklumkn dan xb'bincang dgn Sy dulu sblum membuat pemotongan...hal ni dh dkt setengah tahun dh tiap2 bln gaji sy dipotong.dlm slip gaji xde t'tulis pasal pemotongan utang tu.tiap2 bln die ptong ikut suka die...

    ReplyDelete
  76. Company telah berhenti business, sepatutnya bayar pampasan. Saya telah berkerja selama 20tahun. Tapi majikan kata company masih ada, mungkin akan buat business lain. So, tinggal 3 perkerja yg tak dapat kerja baru duduk dlm office bergaji. Tetapi, majikan berhenti bekalkan wifi, toilet paper. Yg terbaru, majikan tidak bagi buka aircond. 3 staff berasa sesak nafas pun sudahlah... Lepas tu, majikan potong gaji yg katanya sebab datang lewat kurang drpd 30 minit pd tahun yg lalu. Sebenarnya, tahun yg lalu adalah dibenarkan lewat kurang drpd 30 minit tanpa tolak gaji. Tetapi sekarang majikan kira balik lewatan tahun yg lepas utk potong gaji... Ingin tanya, boleh ke majikan buat begitu? Kami pun tahu majikan ingin kami meletak jawatan sendiri supaya tidak perlu bayar pampasan..

    ReplyDelete

Post a Comment