Saya Sebagai Industrial Relation Officer / Human Resources Officer

Alhamdulilah, dah 2 bulan secara rasminya bekerja. Saya bersyukur masih lagi bersyukur diberi peluang untuk bekerja.

Jawatan rasmi dipegang sekarang ialah Human Resouces Officer atau lebih spesifik lagi Industrial Relation Officer di Sunway Hotel Resort Hotel & Spa.




APAKAH SKOP KERJA?

Saya sebagai Industrial Relation Officer secara umumnya menguruskan masalah hubungan antara pekerja dan syarikat, mengambil tindakan disiplin terhadap sebarang isu seperti lambat datang kerja, mencuri, bergaduh dan sebagainya. Melakukan siasatan dalaman dan menentukan hukuman yang sesuai untuk setiap kesalahan tersebut  Saya juga perlu memastikan segala tindakan yang diambil mestilah mengikut prosedur dan juga undang-undang.

Secara asasnya, skop kesalahan yang diamalkan di tempat kerja saya boleh dibahagikan kepada 3 iaitu ketidakhadiran kerja, salah laku dan juga tidak mengikut Standard Operating Proscedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pengurusan.


GERAK KERJA

Tugas saya bermula apabila saya menerima Surat Kaunseling atau Notis Disiplin daripada ketua bahagian, contohnya:-


  1. Pekerja housekeeping didapati membuat rekod palsu bahawa dia telah mengemas bilik no 1, sedangkan bilik tersebut tidak dikemas. Oleh itu, Pengurus housekeeping akan mengeluarkan Surat Kaunseling kepada pekerja tersebut. Pengurus juga mempunyai budi bicara mengeluarkan Notis Disiplin kepada pekerja. Notis Disiplin biasanya digunakan untuk kesalahan berat atau kesalahan kecil yang berulang. Selepas itu, surat tersebut samada Surat Kaunseling atau Notis Disiplin akan diserahkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya.

  2. Saya akan menilai kesalahan tersebut samada perlu diambil tindakan lanjut atau sekadar meletakkan notis Nota Dalam Fail sahaja. Jika kesalahan tersebut serius atau berulang-kali dibuat, maka saya akan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab terhadap pekerja tersebut. Pekerja diberi masa secukupnya untuk membuat sebarang penjelasan.

  3. Selepas itu, saya akan melakukan sisatan dan/atau temubual dan/atau menilai samada Surat Penjelasan pekerja tersebut munasabah ataupun tidak. Jika tidak, saya perlu menilai surat apakah yang sesuai diberi kepada pekerja tersebut berdasarkan kepada jenis kesalahan atau keseriusan kesalahan seperti berikut:-

    a. Surat Nasihat
    b. Surat Peringatan
    c. Surat Waspada
    d. Surat Amaran

    *Setiap surat mempunyai implikasi berbeza terhadap pekerja

  4. Jika kesalahan yang dibuat sangat berat dan besar, maka Surat Tuduhan akan diberikan dan disusuli dengan Siasatan Dalaman akan dilakukan. Perkara ini saya akan terangkan secara terperinci di post yang seterusnya.

MACAM MANA DAPATKAN KERJA?

Sesiapa yang mencari kerja tu boleh cuba memohon di laman web https://www.sunway.com.my/


Hari Orientasi

Lepas memohon kerja dalam sistem Sunway, resume dan permohonan saya tu bukan sahaja akan dapat kepada syarikat yang saya mohon, tetapi boleh juga dilihat dan diakses oleh syarikat subsidiari Sunway yang lain. Sunway Group mempunyai banyak syarikat subsidiari yang lain seperti Sunway Hotel, Sunway Lagoon, Sunway Pyramid Mall, Sunway College dan macam-macam lagi. Jadi peluang pekerjaan tu bukan hanya tertumpu kepada posisi yang kita pohon. Boleh dikatakan Sunway Group ialah syarikat konglomerat di Malaysia.

Boleh daftar dibawah bagi sesiapa yang ingin cuba memohon kerja di Sunway Group:


Human Resources Team


Sunway Family Day, where? Sunway Lagoon!

 Adios!


Comments

Post a Comment