Bakal Graduan wajib mempunyai akaun ASB

Graduan universiti sudah semestinya sudah berkira- kira apa perancangan yang akan dilakukan selepas bergraduasi. Ada yang ingin berkerja dengan gaji yang besar, ada yang ingin membeli kereta idaman dan sebagainya. Akan tetapi, antara perkara penting yang sering terlepas pandang oleh 'fresh graduate' ialah perancangan kewangan masa hadapan. Jadi penulis ingin memberi pendedahan cara paling mudah dan tanpa risiko untuk pelaburan kewangan. Jawapannya ialah simpanan melalui ASB atau Amanah Saham Bumiputera.

Pastikan anda mempunyai perancangan kewangan!

                                                     

Bagi yang belum mempunyai akaun ASB, sila buka akaun anda secepat mungkin. Simpanan melalui ASB berbanding bank konvensional ialah pulangan dividen tahunan yang tinggi sekitar 7%-10% setelah dicampur bonus. Dividen bagi tahun 2014 ialah 7.5%+1% bonus= 8.5% setahun. Jumlah dividen ini mungkin kelihatan sedikit, tetapi tiada bank konvensional yang akan memberikan dividen setinggi ini setiap tahun.

Katakan anda mempunyai simpanan kewangan sendiri berjumlah di bank rimau berjumlah         RM10 000, dividen yang diberi mungkin 1%= RM100.

Bandingkan pula jika anda menyimpan di ASB, 8% dividen dari RM10 000= RM800. Banyak bukan?

Anda akan mendapat keuntungan percuma sebanyak RM800 setiap tahun, ASB adalah satu pelaburan yang amat sesuai kepada sesiapa sahaja yang merasakan pelbagai jenis pelaburan terlalu rumit untuk difahami. Hanya simpan duit gaji anda setiap bulan dan tunggu duit simpanan anda berbuah sendiri.

Semakin cepat anda menyimpan semakin banyak jumlah pelaburan anda. Had maksima simpanan ASB ialah RM200 000. Selepas akaun mencapai had ini simpanan tambahan tidak boleh dimasukkan lagi, anda hanya bergantung kepada dividen tahunan yang berjumlah....RM16 000 setahun untuk dividen 8%. Tetapi jika had simpanan tidak dikeluarkan ditambah dividen yang diperam selama beberapa tahun, bayangkan jumlah simpanan anda dihari tua?

AWAS!
Simpanan ASB hanya sesuai untuk simpanan jangka panjang, pastikan simpanan itu tidak diusik langsung supaya pelaburan jangka panjang anda benar- benar berbaloi. 

Selamat melabur dengan selamat!

Kredit : Astro Awani

Comments