Kelebihan menyimpan di Tabung Haji

Selain menyimpan wang di ASB (Amanah Saham Berhad) untuk tujuan pelaburan, alternatif menyimpan di Tabung Haji tidak kurang manfaatnya.Melabur di TH ibarat peribahasa barat menyatakan 'to kill one bird with one stone' atau membunuh burung dengan satu batu. 



Kenapa?

Tujuan utama fungsi Tabung Haji ialah menguruskan jemaah untuk menunaikan rukun islam kelima iaitu menunaikan haji. Selain tujuan pergi menunaikan haji, penyimpan juga secara tidak langsung melabur dalam akaun tersebut kerana dividen+bonus yang diberi, kompetitif sama seperti menyimpan di ASB.

Kelebihan menyimpan di Tabung Haji:

  • Syiar islam                        - Sistem kewangan islam diguna pakai.
  • Zakat                                 - Pihak pengurusan akan menolak jumlah zakat tahunan                                                                   sebelum dividen+bonus diberi.
  • Halal                                  - Tuntutan syarak dipatuhi dalam pelaburan.
  • Bonus                                 - Bonus yang diberi kompetitif.
  • Pengecualian Cukai         - Cukai pendapatan tidak dikira untuk bonus.
  • Dijamin                             - Kerajaan menjamin simpanan selamat.
  • Kekerapan pengeluaran - Pengeluaran wang tanpa had kekerapan.
Menyimpan di TH lebih terjamin tuntutan syariahnya, ada sesetengah pihak mendakwa pelaburan di ASB tidak menepati syariah islam. Itu terpulang kepada pembaca semua untuk menilai.
Disebabkan zakat oleh Tabung Haji telah ditolak sebelum dividen diagihkan kepada penyimpan, jumlah peratus pelaburan boleh menjadi lebih tinggi dari ASB,tetapi inferens ini begantung kepada ekonomi dan prestasi semasa syarikat.Mari kita lihat perbezaan peratus bersih dividen pelaburan antara ABS dan TH. Jumlah peratus zakat setiap tahun ialah 2.5%.

Dividen+bonus ASB dan Tabung Haji pada 2012:

  • ASB: dividen+bonus-zakat= jumlah bersih, 7.75%+1/15%-2.50= 6.40%.
  • TH  : dividen+bonus=jumlah bersih, 6.40%+1.50%= 7.90%.
kredit : mercunpadi.blogspot.com

Selepas zakat ditolak, sebenarnya TH memberi pulangan yang lebih berbanding ASB, penyimpan ASB seharusnya perlu juga membayar zakat, harta kita ialah harta kecil untuk golongan memerlukan. Biar pelaburan yang dibuat kecil keuntungannya, tetapi pelaburan kita ada berkat. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak akan kita dapat.

Pelaburan di Tabung Haji merupakan antara alternatif pelaburan yang selamat dan mudah sama seperti ASB. Kelebihan TH seperti menepati syariat dan kemudahan pembayaran zakat secara automatik pasti akan menarik pendeposit untuk memilih TH.

Tabung 'legend', pernah ada?



Comments