Cara mudah kumpul duit : tabung hijau




Semua orang ingin mempunyai simpanan yang banyak,
Semua orang ingin menabung,
Tapi tabiat menabung sukar dipupuk,

Bagaimana cara mahu menabung dengan cara mudah dan tanpa membebankan kita? 

Cara yang paling berkesan dan popular sekarang ini ialah membuat tabung hijau!

Tabung hijau bermaksud anda hanya perlu menyimpan not RM5.00 sahaja, ada 5 Ringgit dalam dompet, simpan! Beli barang apa- apa, ada baki 5 Ringgit, simpan! Jumpa sahaja not RM5 wajib simpan.

Kenapa RM5? 

Sebab amaun ini tidak terlalu besar atau kecil, bayangkan anda berjaya simpan 10 keping not RM5 selama sebulan, totalnya sudah RM50. Bayangkan anda menyimpan selama beberapa bulan, sudah pasti lebih tinggi jumlah tabungan anda.

Boleh juga mencuba amaun yang lain seperti RM1, RM10 ataupun duit syiling, bergantung kepada amaun yang tidak membebankan anda.

Selamat menabung!





Comments

Post a Comment